09 August 2009

Panduan Memasukkan Design Sulaman ke memory card

***Untuk Pengguna Mesin Janome (MC300E/MC350E) sahaja***

Panduan Memasukkan file design sulaman ke dalam memory card (compact flash).

*** Pastikan anda mempunyai :-
1. Komputer Peribadi.
2. card reader yang mempunyai slot untuk compact flash.
3. Design sulaman (dalam format *.jef).

*sila buat 'backup' memory card anda sebelum melaksanakan arahan di bawah bagi memastikan file anda dapat dikembalikan sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

1. cabut memory card 'compact flash'(CF) daripada PCMCIA Adapter CF.




2. masukkan memory card "CF' tadi ke dalam card reader dan sambungkan card reader ke Komputer melalui USB.



3. Buka program 'windows explorer' dan pilih 'Removable Disc'. Anda akan melihat sekurang2nya ada 2 folder dalam memory card.

  - EmbF5 (mempunyai file design dalam format ***.jef & ***.jbf)
  - Ord#5


4. Copy design sulaman dan 'paste' di dalam folder 'EmbF5' .(PASTIKAN ianya dalam format *.jef. contoh "0001 embrozone.jef").



5. Safety Remove USB. Cabut memory card CF dan masukkan semula ke Adapter CF.

6. Masukkan Adapter CF ke slot pada mesin Janome MC300e/MC350e dan hidupkan mesin.

7. Anda akan mendapati design sulaman yang anda masukkan tadi akan keluar pada screen mesin. Selamat menyulam.

********************
panduan tambahan
********************

1. Namakan file design sulaman kepada 00001 xxxx xx.jef bagi memastikan design tadi akan berada di permulaan screen mesin.

2. Semakin banyak design sulaman dalam memory card CF maka akan semakin lama masa untuk 'loading' pada screen mesin. Untuk mempercepatkan masa loading anda boleh delete mana2 file design yang tidak digunakan.

0 comments: